Cart

SUHAZ ESPORTS

  /  Esports   /  Suhaz EVOS !!!

Suhaz EVOS !!!

Seperti yang telah diketahui umum semalam, Suhaz Esports telah bekerjasama dengan EVOS Esports iaitu salah satu organisasi terbesar di asia tenggara dalam bidang Esports.

Dengan pengumuman semalam maka secara rasminya team MLBB Suhaz Esports kini bergelar Suhaz EVOS. Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa Suhaz Esports bergabung dengan EVOS.

Antara sebab utama ialah kami ingin belajar banyak lagi perkara tentang perkembangan serta ilmu-ilmu untuk memperkasakan Esports Malaysia.

Peminat Esports Malaysia sedia maklum tentang kehebatan negara-negara jiran kita dalam memperkasakan Esports. Kami sebagai organisasi baru dalam bidang Esports tidak ingin ketinggalan dalam memperkuatkan lagi team Suhaz Esports.

Bagi kami EVOS adalah satu organisasi yang layak dalam membimbing kami untuk lebih kuat dan berjaya dalam bidang Esports.

Kami mengharapkan semua peminat MLBB serta peminat EVOS dapat menyokong kami untuk menjadi organisasi yang sama hebat seperti EVOS.

Terima kasih EVOS, terima kasih semua penyokong MLBB.

Add Comment